Wednesday, July 22, 2009

Ummah Care Sampaikan Sumbangan Awal Kepada SAIF

6:58 AM by Peneraju Kasih Ummah ·

Pada 19 Julai 2009 lalu Ummah Care yang diwakili Timbalan Presiden serta Bendahari Agung telah melakukan lawatan ke Sekolah Intergrasi Faizin Guar Chempedak, Kedah untuk melihat sendiri keadaan SAIF setelah diuji dengan satu kebakaran yang memusnahkan bangunan pentadbiran pihak SAIF. Kedatangan pihak Ummah Care telah disambut mesra oleh Ustaz Mohamad Ismail yang merupakan Setiausaha Lembaga Tadbir SAIF. Tragedi kebakaran tersebut telah menyebabkan pihak SAIF mengalami kerugian yang dianggarkan RM550,000. Atas kesedaran perlunya warga SAIF dibantu pihak Ummah Care telah menghulurkan bantuan awal kepada pihak SAIF. Bantuan kewangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Ummah Care dan diserahkan kepada Mudir SAIF sendiri.
Serentak dengan itu juga pihak Ummah Care telah melancarkan Tabung Bantuan SAIF melalui Ummah Care diseluruh negara. Pihak Ummah Care sangat mengharapkan pihak-pihak yang berkemampuan agar bersama membantu membangunkan semula SAIF bagi memastikan anak-anak pelajar yang belajar di SAIF dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Sesungguhnya anak-anak yang belajar di SAIF sangat dahagakan pengajian agama yang sememangnya menjadi kewajipan bagi kita mempelajarinya. Ayuh bersama Ummah Care membantu mereka.

0 comments:

Pengunjung Ummah Care

Mari Bersama Ringankan Beban

Sumbangan terus ke akaun UMMAH CARE : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – 12047010045924

Demi Masa

Waktu Solat

Followers