Wednesday, July 22, 2009

Pelancaran Tabung Bantuan SAIF

TERKINI...
Pihak Ummah Care dengan rasminya melancarkan Tabung Bantuan SAIF bagi meringankan bebanan pihak pengurusan SAIF setelah kebakaran yang dialami Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak kira- kira jam 10.00 pagi 17 Julai 2009 yang lalu dan menyebabkan kerugian yang sangat teruk . Anggaran pihak bomba sebanyak RM550,000. Nantikan kupasan berita sepenuhnya . Untuk penyumbang2 yg ingin menyalurkan sumbangan/bantuan/derma/sedekah anda melalui Ummah Care sila berbuat demikian melalui --> BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – 12047010045924 dan sms ke nombor 0134845788 setelah berbuat demikian.

Terima kasih atas keprihatinan anda.

Ummah Care : Peneraju Kasih Ummah

Ummah Care Sampaikan Sumbangan Awal Kepada SAIF


Pada 19 Julai 2009 lalu Ummah Care yang diwakili Timbalan Presiden serta Bendahari Agung telah melakukan lawatan ke Sekolah Intergrasi Faizin Guar Chempedak, Kedah untuk melihat sendiri keadaan SAIF setelah diuji dengan satu kebakaran yang memusnahkan bangunan pentadbiran pihak SAIF. Kedatangan pihak Ummah Care telah disambut mesra oleh Ustaz Mohamad Ismail yang merupakan Setiausaha Lembaga Tadbir SAIF. Tragedi kebakaran tersebut telah menyebabkan pihak SAIF mengalami kerugian yang dianggarkan RM550,000. Atas kesedaran perlunya warga SAIF dibantu pihak Ummah Care telah menghulurkan bantuan awal kepada pihak SAIF. Bantuan kewangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Ummah Care dan diserahkan kepada Mudir SAIF sendiri.
Serentak dengan itu juga pihak Ummah Care telah melancarkan Tabung Bantuan SAIF melalui Ummah Care diseluruh negara. Pihak Ummah Care sangat mengharapkan pihak-pihak yang berkemampuan agar bersama membantu membangunkan semula SAIF bagi memastikan anak-anak pelajar yang belajar di SAIF dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Sesungguhnya anak-anak yang belajar di SAIF sangat dahagakan pengajian agama yang sememangnya menjadi kewajipan bagi kita mempelajarinya. Ayuh bersama Ummah Care membantu mereka.

Gambar Bangunan Yang Hangus Di Jilat Api


Bangunan2 SAIF yang hangus di jilat api 17 Julai 2009 yang lalu....

Laporan Kebakaran SAIF

Laporan Kebakaran Sekolah Integrasi Faizin Guar Chempedak Kedah

Tarikh kebakaran: 17 Julai 2009

Masa : 10 Pagi

Pendahuluan

Kebakaran bermula sekitar jam 10 pagi. Ketika itu semua pelajar berada di dalam surau mengikuti aktiviti sekolah. Kebakaran bermula dari bilik guru dan merebak ke kelas serta pejabat. Bomba dapat memadamkan api sekitar jam 1045 pagi. Sebahagian dokumen-dokumen penting dapat diselamatkan. Laporan bomba menyatakan punca kebakaran adalah litar pintas.

Bangunan yang musnah

1. Bilik lembaga tadbir

2. Bilik guru besar

3. Pejabat sekolah

4. Bilik guru kanan

5. Bilik guru

6. 2 buah kelas

7. 1 koperasi

8. Bilik kesihatan

Peralatan yang musnah

1. Perabot bilik lembaga sekolah

2. Perabot bilik guru besar

3. Perabot pejabat

4. Perabot bilik guru kanan

5. Perabot bilik guru

6. 65 set meja kerusi pelajar

7. 22 set meja kerusi guru

8. Sebuah peti ais

9. Mesin laminate

10. Lcd projector

11. 11 buah computer

12. 2 set katil bilik kesihatan

13. 1 set meja mesyuarat dan 15 kerusi

14. Stok simpanan buku pelajar dan peralatan pejabat

15. 1 buah mesin fotostat

16. Buku-buku, beg guru dan pelajar

17. Buku rujukan dan bank soalan

18. 3 unit penghawa dingin

Anggaran kerugian

1. Bangunan rm 330,000.00

2. Kelengkapan rm 220,000.00

Jumlah keseluruhan rm 550,000.00

Tindakan segera untuk sementara

1. Pejabat beroperasi di bangunan 6

2. 2 buah kelas dipindah ke dalam surau

3. Bilik guru dipindah kedalam surau

4. Surau ditempatkan di khemah sementara

5. Penempatan pelajar asrama sebahagian di asrama blok bawah bangunan tabung haji dan sebahagian bangunan 5

Keperluan segera

Bil

Perkara

Jumlah

Kos perunit(RM)

Jumlah (RM)

1

Meja kerusi

65 unit

120.00

7,800.00

2

Computer

5 set

2,500.00

12,500.00

3

White board set

4 set

500.00

2,000.00

4

Alat bantuan mengajar

22 set

300.00

6,600.00

5

Set buku pelajar dan beg

65 set

150.00

9,750.00

6

Mesin fotostat

1

5,000.00

5,000.00

7

Peti ubat

500.00

8

Ubah suai surau dijadikan kelas dan bilik guru

2,000.00

9

Ubah suai pejabat sementara

5,000.00

10

Baik pulih elektrik

2,000.00

11

Membersih bangunan

5,000.00

Jumlah

58,150.00

Wednesday, July 8, 2009

SEKITAR PROGRAM RAWATAN PERCUMA DI NAKA,KEDAH.


Ustaz Nasir beramah mesra dengan orang ramai yg hadir.



Orang ramai beratur menunggu giliran masing-masing.


Petugas-petugas UMMAHCARE di bahagian pendaftaran sibuk dengan tugas mereka.


Doktor sedang merawat salah seorang peserta yg hadir.



Aktivis UMMAHCARE bergambar kenangan bersama doktor-doktor.

Alhamdulilah, Program Pemeriksaan Asas Kesihatan berjalan dengan lancar pada 19 Jun 2009 / Jumaat.Dengan penglibatan 11 orang daripada team doktor dari PATISMA telah menjayakan program ini.Seramai 90 orang telah menjalani pemeriksaan percuma yang bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang.
Program anjuran UMMAHCARE dengan kerjasama PATISMA ini akan dilaksanakan untuk fasa seterusnya ke seluruh negara bagi merialisasikan salah satu matlamat UMMAHCARE agar masyarakat SIHAT & BERSIH dalam kehidupan terutamanya masyarakat luar bandar. Dijangka program seperti ini akan diadakan dalam masa terdekat di Kuala Nerang,Kedah.

UMMAHCARE MENYERTAI MISI BANTUAN KE NARATHIWAT THAILAND
















Atas semangat persaudaraan Islam dan keprihatinan pada ummah maka UMMAHCARE telah menyertai misi memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dallam tragedi berdarah di Masjid al-Furqan di Kampung Air Tempayan dalam Mukim Cho Airong pada 14 Jun 2009 hari Ahad .
Dalam kejadian terbaru pada 8 Jun lalu, seramai 11 terbunuh dan 19 cedera dalam satu serangan ganas ke atas Masjid Al-Furqan, Kampung Air Payang, Narathiwat ketika para jamaah sedang solat Isyak. Manakala pada 13 Jun, seramai 6 nyawa lagi terkorban setelah diserang pihak tidak dikenali.Antara yang bersama dalam misi ini ialah Presiden UMMAHCARE Ustaz Nasir Zakaria, Presiden TERAS cikgu Azmi dan beberapa orang aktivis-aktivis UMMAHCARE.

Pengunjung Ummah Care

Mari Bersama Ringankan Beban

Sumbangan terus ke akaun UMMAH CARE : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – 12047010045924

Demi Masa

Waktu Solat

Followers