Friday, February 27, 2009

Motivasi 1

Kata Dr Tuah, "orang yang ikhlas adalah orang yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan kejahatannya."

Tanya diri kita, adakah selama ni kita ikhlas? Atau ikhlas yang dibuat-buat atau ditunjuk-tunjuk? Tanya diri kita hingga bertemu jawapannya. Kekadang, kita cenderung berkata ikhlas, tapi di dalam hati bagai terpaksa. Kita semua pernah melalui hal ini. Orang cemerlang, kala berbuat baik, lebih suka melakukannya diam-diam. Bukan dia tak nak melakukannya di tempat terbuka, tapi cara berahsia adalah cara disukainya untuk mendapat lebih keberkatan. Paling penting, cara sebegitu juga membuat dirinya sentiasa tenang!

Dalam hal keikhlasan ini wajar bagi kita merenung sejauhmana keikhlasan kita melakukan segala perkara. Baik dalam bersedekah, mencari ilmu, membantu rakan taulan, melaksanakan tugasan yg diamanahkan. So, sematkan keikhlasan dalam diri kalian. Salam motivasi!

Ummah Care sumbang RM2100 kepada tabung Harakah untuk Palestin

WAN NORDIN WAN YAACOB
Fri | Feb 27, 09 | 2:58:42 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) - Ummah Care, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang baharu sahaja ditubuhkan telah menyampaikan sumbangan derma RM2100 kepada Tabung Harakah untuk Palestin.Sumbangan itu disampaikan oleh Timbalan Presiden Ummah Care, Mohd Hilmi Ahmad kepada wakil Harakah pada 26 Februari lalu dalam satu kunjungan Ummah Care ke atas Harakah.

Turut hadir dalam penyerahan cek tersebut ialah Ahli Parlimen Padang Terap (PAS), Ustaz Mohd Nasir Zakaria.

Menurut Mohd Hilmi, sumbangan itu disalurkan kepada rakyat Palestin bagi membantu mengurangkan penderitaan mereka selepas Gaza dibedil Israel baru-baru ini.

"Ini sebagai satu khidmat sosial kami dalam membantu mereka yang dizalimi, mereka kini menghadapi kesusahan dan ini yang terdaya kita salurkan," katanya.

Mohd Hilmi juga menyatakan kutipan itu adalah kutipan pertama yang dianjurkan Ummah Care, dan akan ada lagi kutipan untuk tujuan membantu mereka yang dizalimi, atau masyarakat miskin mengurangkan masalah yang dihadapi.

Justeru kata beliau kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang kepada Ummah Care bolehlah menghubungi beliau ditalian (019-4482338) atau menytumbang terus kepada akaun Bank Islam Malaysia Berhad (12047010045924)./wann_

*http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=196

Wednesday, February 25, 2009

Ummah Care Sumbang Kerusi Roda

10:31 AM by Peneraju Kasih Ummah · 0 comments


Ummah Care meneruskan lagi misi kebajikan yang menjadi matlamat utama penubuhan Ummah Care. Kali ini, Ummah Care telah menyumbang satu kerusi roda kepada seorang pesakit misteri. Pesakit yang berusia 8 tahun amat memerlukan bantuan ini bagi memastikan pergerakkannya lancar dan dapat melakukan rutin harian sendiri. Lihatlah betapa senyuman terpancar di wajah adik kecil itu. Sangat meruntun jiwa melihat senyumannya.

Menurut bapa kepada pesakit ini, anaknya telah lama mendapat penyakit ini dan inilah kali pertama bantuan seumpama ini diperolehi. Dengan penuh syukur beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang menyumbang. Penyakit misteri anaknya ini menyebabkan otot-otot badan beliau menjadi lesu dan tidak dapat berfungsi dengan baik. Sedang ketika rakan-rakan seusianya berlari ke sana ke sini, malang bagi adik kecil ini terpaksa bertarung dengan kesakitan dan kepayahan. Semoga kerusi roda yang disumbangkan ini mampu membuatkan adik ini tersenyum dan mampu untuk melakukan rutin harian dengan lebih lancar. Ummah Care juga amat bersyukur, hasil sumbangan rakan-rakan melalui Ummah Care ini amat besar ertinya kepada keluarga yang kurang berkeupayaan ini. Semoga sumbangan ini akan mendapat keberkatan dari ALlah S.W.T hendaknya.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami bagi meneruskan usaha murni ini.

Ummah Care Jalin Kerjasama Dengan MANTOP



Ummah Care telah menjalinkan kerjasama dengan MANTOP untuk menganjurkan program Bijak Solat dan Kem Anak Soleh di bawah kelolaan Al-Fadhil Ustaz Zamri ( Mari Mengaji ) untuk membawa misi kebajikan dan dakwah bagi melahirkan umat manusia masa depan yang berwawasan serta mempunyai jatidiri Islam sebagai merealisasikan hasrat melahirkan insan kamil dan cemerlang dunia dan akhirat.
Pihak MANTOP telah melantik Ummah Care yang diterajui oleh IC Northern Consultancy bagi menjadi agen MANTOP di sekitar utara tanah air. Ini bagi memastikan misi melahirkan remaja cemerlang Al-Quran ini dapat diwar-warkan di sekitar utara tanah air. Terima kasih kepada pihak MANTOP kerana memberi kepercayaan ini kepada Ummah Care bagi menjalinkan kerjasama yang amat baik ini.

Untuk keterangan lanjut layari : http://www.mantop.com.my

Pengunjung Ummah Care

Mari Bersama Ringankan Beban

Sumbangan terus ke akaun UMMAH CARE : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – 12047010045924

Demi Masa

Waktu Solat

Followers