Friday, March 27, 2009

Titisan Air Mata Palestin

Hayatilah Perjuangan Teman-Teman Membebaskan Ummat Palestin

Monday, March 23, 2009

Ummah Care Turun Padang Bina Perigi/Telaga


Ummah Care dengan kekuatan beberapa aktivis Ummah Care (UC) terus turun padang bagi melihat dan merasai sendiri keperitan kehidupan seorang warga tua bersama dengan ahli keluarga yang hidup dengan serba kekurangan penuh kedaifan. Bergenang juga airmata aktivis Ummah Care bilamana pertama kali melihat seorang tua gigih menghayun gayung (pencedok) mengambil air di akar sepohon rumbia. Air dari genangan akar pohon rumbia dijadikan air minuman dan mandian mereka sekeluarga. Bayangkan, hidup di negara merdeka namun kedaifan dan kemiskinan menjadikan mereka belum 'merdeka' sebenarnya. Bayangkan juga, air di bawah akar rumbia yang bertukar menjadi warna 'teh tarik' dek kerana gelodak tanah & selut selepas hujan turun itu menjadi minuman dan mandian mereka. Sedih bukan kepalang.


Berbekalkan sumbangan orang ramai dan insan-insan mulia serta prihatin, Ummah Care turun padang untuk menyumbangkan telaga atau perigi kepada keluarga daif ini. Deraian dan titisan airmata menjadi 'hidangan' aktivis UC dek kerana mereka (ahli keluarga yang menerima bantuan) terlalu terharu dan sedih dengan bantuan yang mereka terima dari Ummah Care melalui sumbangan golongan yang prihatin yang telah menyalurkan sumbangan malah melakukan gotong royong untuk bersama membina dan mengorek telaga/perigi untuk kegunaan harian mereka. Semoga titisan air mata dan titisan keringat semua pihak atas perkara ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan ALlah S.W.T hendaknya. Terima kasih semua yang terlibat. Ummah Care meneruskan sasaran...menjadi Peneraju Kasih Ummah!!!!

Saturday, March 21, 2009

HIMPUNAN 100 RIBU MANSUHKAN PPSMI


Ummah Care turut menyertai Himpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 yang lalu bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI yang secara terang-terang tidak berjaya dan memberi kesan yang sangat buruk kepada para pelajar terhadap penguasaan Matematik dan Sains terutamanya terhadap pelajar luar bandar dan kesan terhadap Bahasa Melayu pada masa hadapan. Ummah Care bersama menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk menyatakan bantahan kerana berasakan ianya perlu diperjuangkan bersama demi kepentingan ummah masa depan tanpa mengira fahaman & ideologi politik.

SELAMATKANLAH ANAK BANGSA DAN SISTEM PENDIDIKAN KITA SEBELUM IA MENJADI LEBIH PARAH...

Persidangan Meja Bulat NGO-NGO Islam



Ummah Care turut menghadiri Persidangan Meja bulat NGO-NGO Islam yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Persidangan ini membincangkan mengenai gerak kerja NGO islam ke arah membentuk kesepaduan umat di seluruh dunia. Persidangan ini dirasmikan oleh seorang tokoh ulamak dari Iran dan ia juga turut di sertai oleh NGO-NGO Islam dari Indonesia,Brunei dan Singapura.

Monday, March 2, 2009

Mari Bersama Ringankan Beban

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah gambaran sebenar pesakit penyakit misteri ini. Ummah Care berkesempatan untuk melawat pesakit misteri ini. Menurut keterangan yang disampaikan oleh ibu pesakit ini, penyakit misteri ini telah menyerang anaknya sejak anaknya kanak-kanak lagi. Sehingga kini ibunya pasrah dan masih lagi menjaganya bagaikan anak kecil walaupun umurnya sudah mencecah 30an. Segala rutin hariannya diuruskan oleh ibunya yang telah tua itu. Ibunya ketika ini telah berusia hampir 70an. Inilah yang dikatakan kasih ibu sepanjang usia. Alhamdulillah, hasil bantuan yang disumbangkan oleh penyumbang-penyumbang melalui Ummah Care keluarga ini telah mendapat bantuan sewajarnya. Semoga sumbangan akan terus kita salurkan kepada mereka yang amat memerlukan seperti ini. Untuk terus membantu dan melihat sendiri kepayahan, kesusahan dan keperitan yang dialami oleh beliau bolehlah menghubungi Sekretariat Ummah Care. Untuk memberi sumbangan dalam bentuk kewangan boleh terus menyumbang ke akaun Ummah Care (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD - 12047010045924). Ayuh, bersama kita meneraju kasih ummah!

Pengunjung Ummah Care

Mari Bersama Ringankan Beban

Sumbangan terus ke akaun UMMAH CARE : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – 12047010045924

Demi Masa

Waktu Solat

Followers