Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dikesempatan ini, seluruh penggerak dan aktivis UMMAH CARE dengan rasa rendah diri dan penuh rasa syukur ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua yang telah bersama-sama UMMAH CARE bagi memastikan kesinambungan perjuangan dalam usaha membantu seluruh rakyat dan insan di muka bumi ALlah ini. Semoga jasa dan pengorbanan serta sumbangan semua pihak akan diberkati Allah S.W.T hendaknya. Ameen...

Makluman

Salam Ramadhan,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Ummah Care berbesar hati sekiranya ada pihak yang sudi untuk menyalurkan dan membayar zakat perniagaan, zakat harta dan sebagainya. Pihak Ummah Care juga akan mengeluarkan resit bayaran yang diperakui akan dikecualikan dari bayaran cukai pendapatan. Terima kasih bagi pembayar-pembayar zakat yang telah membayar zakat melalui Ummah Care. Semoga amalan dan ibadah zakat kalian semua akan diterima Allah dan akan disalurkan kepada asnaf yang berhak ke atas wang zakat tersebut. Segalanya didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Unit Hebahan Maklumat Ummah Care.

Thursday, August 20, 2009

SUMBANGAN KEPADA FAKIR MISKIN SEMPENA BULAN RAMADHAN



Alhamdulillah,di awal Bulan Ramadhan ini, pihak Ummah Care dapat mengagihkan sedikit sumbangan kepada golongan fakir miskin,OKU dan ibu tunggal hasil sumbangan orang ramai selama ini bagi meringankan beban mereka terutamanya untuk menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ini. Pihak UMMAH Care memerlukan sumbangan ikhlas daripada tuan puan untuk diagihkan kepada golongan yang tidak bernasib baik ini.

Justeru itu,sesiapa yang ingin memberi sumbangan,derma,fidyah,zakat dan wakaf di bulan yang mulia ini untuk anak-anak yatim,fakir miskin,ibu tunggal,OKU,musibah banjir,ribut dan aktiviti-aktiviti dakwah bolehlah menyampaikan sumbangan anda sama ada dalam bentuk wang,beras,Al-Quran,minyak masak dan gula. Sumbangan boleh disampaikan melalui akaun BIMB 12047010045924 (UMMAH CARE) @ hubungi aktivis kami di no tel - 0132966078(zul) & 0132966059(Osman) .

Sebarkan kepada pencinta Islam.

Wednesday, July 22, 2009

Pelancaran Tabung Bantuan SAIF

TERKINI...
Pihak Ummah Care dengan rasminya melancarkan Tabung Bantuan SAIF bagi meringankan bebanan pihak pengurusan SAIF setelah kebakaran yang dialami Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak kira- kira jam 10.00 pagi 17 Julai 2009 yang lalu dan menyebabkan kerugian yang sangat teruk . Anggaran pihak bomba sebanyak RM550,000. Nantikan kupasan berita sepenuhnya . Untuk penyumbang2 yg ingin menyalurkan sumbangan/bantuan/derma/sedekah anda melalui Ummah Care sila berbuat demikian melalui --> BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – 12047010045924 dan sms ke nombor 0134845788 setelah berbuat demikian.

Terima kasih atas keprihatinan anda.

Ummah Care : Peneraju Kasih Ummah

Ummah Care Sampaikan Sumbangan Awal Kepada SAIF


Pada 19 Julai 2009 lalu Ummah Care yang diwakili Timbalan Presiden serta Bendahari Agung telah melakukan lawatan ke Sekolah Intergrasi Faizin Guar Chempedak, Kedah untuk melihat sendiri keadaan SAIF setelah diuji dengan satu kebakaran yang memusnahkan bangunan pentadbiran pihak SAIF. Kedatangan pihak Ummah Care telah disambut mesra oleh Ustaz Mohamad Ismail yang merupakan Setiausaha Lembaga Tadbir SAIF. Tragedi kebakaran tersebut telah menyebabkan pihak SAIF mengalami kerugian yang dianggarkan RM550,000. Atas kesedaran perlunya warga SAIF dibantu pihak Ummah Care telah menghulurkan bantuan awal kepada pihak SAIF. Bantuan kewangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Presiden Ummah Care dan diserahkan kepada Mudir SAIF sendiri.
Serentak dengan itu juga pihak Ummah Care telah melancarkan Tabung Bantuan SAIF melalui Ummah Care diseluruh negara. Pihak Ummah Care sangat mengharapkan pihak-pihak yang berkemampuan agar bersama membantu membangunkan semula SAIF bagi memastikan anak-anak pelajar yang belajar di SAIF dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Sesungguhnya anak-anak yang belajar di SAIF sangat dahagakan pengajian agama yang sememangnya menjadi kewajipan bagi kita mempelajarinya. Ayuh bersama Ummah Care membantu mereka.

Pengunjung Ummah Care

Mari Bersama Ringankan Beban

Sumbangan terus ke akaun UMMAH CARE : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – 12047010045924

Demi Masa

Waktu Solat

Followers