Monday, March 23, 2009

Ummah Care Turun Padang Bina Perigi/Telaga

1:15 AM by Peneraju Kasih Ummah ·

Ummah Care dengan kekuatan beberapa aktivis Ummah Care (UC) terus turun padang bagi melihat dan merasai sendiri keperitan kehidupan seorang warga tua bersama dengan ahli keluarga yang hidup dengan serba kekurangan penuh kedaifan. Bergenang juga airmata aktivis Ummah Care bilamana pertama kali melihat seorang tua gigih menghayun gayung (pencedok) mengambil air di akar sepohon rumbia. Air dari genangan akar pohon rumbia dijadikan air minuman dan mandian mereka sekeluarga. Bayangkan, hidup di negara merdeka namun kedaifan dan kemiskinan menjadikan mereka belum 'merdeka' sebenarnya. Bayangkan juga, air di bawah akar rumbia yang bertukar menjadi warna 'teh tarik' dek kerana gelodak tanah & selut selepas hujan turun itu menjadi minuman dan mandian mereka. Sedih bukan kepalang.


Berbekalkan sumbangan orang ramai dan insan-insan mulia serta prihatin, Ummah Care turun padang untuk menyumbangkan telaga atau perigi kepada keluarga daif ini. Deraian dan titisan airmata menjadi 'hidangan' aktivis UC dek kerana mereka (ahli keluarga yang menerima bantuan) terlalu terharu dan sedih dengan bantuan yang mereka terima dari Ummah Care melalui sumbangan golongan yang prihatin yang telah menyalurkan sumbangan malah melakukan gotong royong untuk bersama membina dan mengorek telaga/perigi untuk kegunaan harian mereka. Semoga titisan air mata dan titisan keringat semua pihak atas perkara ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan ALlah S.W.T hendaknya. Terima kasih semua yang terlibat. Ummah Care meneruskan sasaran...menjadi Peneraju Kasih Ummah!!!!

0 comments:

Pengunjung Ummah Care

Mari Bersama Ringankan Beban

Sumbangan terus ke akaun UMMAH CARE : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – 12047010045924

Demi Masa

Waktu Solat

Followers