
Ummah Care merupakan satu ikatan amanah yang telah ditubuhkan untuk menjadi penghubung kasih ummah dengan mengumpul dana serta menguruskan sumbangan dalam apa jua bentuk bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan ideologi.
VISI
Menjadi saluran utama sebagai peneraju kasih ummah bagi mendepani permasalahan dalam masyarakat.
MISI
1. Mengumpul dana dan menyalurkan sumbangan kepada semua golongan yang memerlukan.
2. Menjalankan aktiviti kemasyarakatan, kebajikan serta memberikan khidmat bantuan kepada golongan kurang upaya dan miskin tegar.
3. Bertindak sebagai ‘one stop centre’ dan peneraju kasih ummah kepada masyarakat di Malaysia tanpa mengira ideologi.
0 comments:
Post a Comment