Berat mata memandang berat lagi bahu memikul..itulah perumpamaan yang selayaknya diberikan kepada insan malang yang berada di atas kerusi roda baru tersebut. Alhamdulillah, ummah care telah bergerak ke depan dengan menyalurkan sumbangan kerusi roda hasil dana ikhlas dari semua yang menyokong Ummah Care. Sudah hampir setahun lebih beliau hanya mampu berada di atas katil sahaja kini beliau boleh bergerak dengan kerusi roda baru itu. Semoga abang kita ini tabah mendepani kehidupannya nanti. Ummah Care sentiasa berdoa semoga beliau cepat sembuh seperti sediakala. Moga sumbangan ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada beliau. Ummah Care ; Peneraju Kasih Ummah !
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..
15 years ago