Wednesday, July 8, 2009

SEKITAR PROGRAM RAWATAN PERCUMA DI NAKA,KEDAH.


Ustaz Nasir beramah mesra dengan orang ramai yg hadir.



Orang ramai beratur menunggu giliran masing-masing.


Petugas-petugas UMMAHCARE di bahagian pendaftaran sibuk dengan tugas mereka.


Doktor sedang merawat salah seorang peserta yg hadir.



Aktivis UMMAHCARE bergambar kenangan bersama doktor-doktor.

Alhamdulilah, Program Pemeriksaan Asas Kesihatan berjalan dengan lancar pada 19 Jun 2009 / Jumaat.Dengan penglibatan 11 orang daripada team doktor dari PATISMA telah menjayakan program ini.Seramai 90 orang telah menjalani pemeriksaan percuma yang bermula pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 6.30 petang.
Program anjuran UMMAHCARE dengan kerjasama PATISMA ini akan dilaksanakan untuk fasa seterusnya ke seluruh negara bagi merialisasikan salah satu matlamat UMMAHCARE agar masyarakat SIHAT & BERSIH dalam kehidupan terutamanya masyarakat luar bandar. Dijangka program seperti ini akan diadakan dalam masa terdekat di Kuala Nerang,Kedah.

UMMAHCARE MENYERTAI MISI BANTUAN KE NARATHIWAT THAILAND
















Atas semangat persaudaraan Islam dan keprihatinan pada ummah maka UMMAHCARE telah menyertai misi memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat dallam tragedi berdarah di Masjid al-Furqan di Kampung Air Tempayan dalam Mukim Cho Airong pada 14 Jun 2009 hari Ahad .
Dalam kejadian terbaru pada 8 Jun lalu, seramai 11 terbunuh dan 19 cedera dalam satu serangan ganas ke atas Masjid Al-Furqan, Kampung Air Payang, Narathiwat ketika para jamaah sedang solat Isyak. Manakala pada 13 Jun, seramai 6 nyawa lagi terkorban setelah diserang pihak tidak dikenali.Antara yang bersama dalam misi ini ialah Presiden UMMAHCARE Ustaz Nasir Zakaria, Presiden TERAS cikgu Azmi dan beberapa orang aktivis-aktivis UMMAHCARE.

Sunday, April 19, 2009

Respon isu PPSMI oleh ummah care

11:11 AM by Peneraju Kasih Ummah · 0 comments

Ummah care antara NGO yang terlibat dalam memberi pendapat dan idea berkaitan pelaksanaa PPSMI dalam beberapa siri perjumpaan. Antara cadangan yang telah di utarakan ialah memperkasakan mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sendiri di sekolah dan menyerahkan kepada kebijaksanaan bahagian perkembangan kurikulum KPM untuk membentuk kurikulum yang mantap bagi membantu murid-murid luar bandar terutamanya supaya mahir dalam penggunaan bahasa Inggeris.

Tuesday, April 14, 2009

Umat patut rebut rahmat pagi, sepertiga malam


Oleh Ibrahim Abdullah

slam tuntut lakukan ibadah wajib dan sunat yang beri manfaat kepada jasmani, rohani

SEBAHAGIAN kita membiarkan waktu pagi berlalu begitu saja tanpa melakukan kegiatan produktif sedangkan pagi adalah waktu paling menguntungkan dan penuh harapan. Permulaan yang baik selalunya menjanjikan perjalanan hari yang baik.

Perancangan serta penyusunan kegiatan perlu bagi memastikan hari bakal mendatang penuh dengan perkara bermanfaat. Justeru, bagi memastikan pagi yang lancar jangan biasakan berjaga pada malam.

Tidur awal bagi mendapatkan cukup rehat dan menyegarkan badan. Namun, itu tidak sepatutnya menghalang kita berjaga pada tengah malam untuk bangun dan bersolat yang memberi banyak kelebihan. kepada jasmani serta rohani.

Memang kita memerlukan tidur yang cukup sebagai persediaan bangun awal keesokan pagi tetapi pada masa sama, perlu diakui kegiatan tengah malam selepas tidur sekejap juga boleh memberi tenaga tambahan untuk menghadapi esok yang menanti pelbagai perkara sama ada diduga atau tidak.

Justeru, jangan jadikan alasan mendapat tidur yang cukup untuk mengelak bangun sepertiga malam akhir, bermunajat serta memohon kebaikan kepada Allah kerana hikmah solat tengah malam ini banyak dan terpulang kepada kita mencapainya.

Kelebihan solat malam dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: "Apabila seseorang itu jaga daripada tidurnya pada malam dan membangkitkan isterinya lalu kedua-duanya menunaikan dua rakaat solat, nescaya mereka ditulis dalam golongan manusia yang banyak menyintai dan menyebutkan Allah." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dari Abu Said)

Malam dengan ketenangan dan kejernihan suasananya adalah sebaik-baik waktu untuk beribadat dan berhubungan dengan Allah. Waktu itu juga sesuai meningkatkan keimanan dengan bangun mendirikan solat serta bermohon kepada Allah.

Firman Allah bermaksud: "Dan pada waktu malam bangkitlah solat tahajud sebagai solat tambahan bagi ibadahmu semoga Allah membangkitkanmu pada hari akhirat dengan kedudukan dan darjat yang terpuji." (Surah al-Isra', ayat 79)

Waktu solat malam itu luas, ia boleh dikerjakan pada awal, pertengahan malam dan akhir malam selama solat itu dilakukan selepas Isyak.

Menurut al-Hafiz, Rasulullah SAW tidak solat malam waktu tertentu, malah Baginda solat mengikut kesempatan dan keselesaan tetapi waktu afdal ialah pada tengah malam iaitu sepertiga malam.

Namun, seseorang tidak disuruh mengerjakan solat malam dengan memaksakan diri secara keterlaluan. Amalan sedikit tetapi tekun adalah lebih baik daripada banyak tetapi jarang dilakukan.

Nabi SAW menjamin orang yang mengerjakan solat malam, maka ia bakal memperoleh semangat dan kesegaran pada pagi harinya. Sebaliknya, barang siapa yang tidak berpeluang bangun dan solat malam, maka pada pagi hari ia bakal memiliki perasaan buruk dan malas.

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di antara kamu apabila ia tidur dengan tiga ikatan. Syaitan mengikat setiap simpul ikatan atas kamu dengan mengucapkan: Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.

"Apabila ia bangun dan berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila ia berwuduk, terbukalah pula satu ikatan. Apabila ia solat, terbukalah satu ikatan. Maka pada pagi hari ia penuh semangat dan segar. Jika tidak, nescaya pagi hari perasaannya buruk dan malas." (Hadis riwayat Bukhari)

Pastikan diri tidak kesiangan solat Subuh. Usahakan untuk solat Subuh berjemaah di masjid, surau atau musalla kerana solat berjemaah dapat membersihkan hati daripada penyakit munafik.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi kaum munafik adalah solat Isyak dan Subuh (berjemaah).

"Andai mereka tahu apa manfaat di dalam kedua-duanya nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dengan merangkak." (Hadis riwayat Muslim)

Bagi menjamin permulaan pagi yang baik, jangan tidur selepas solat Subuh. Kita perlu segera mengisi waktu dengan kegiatan bermanfaat seperti membaca buku, berjoging, olah raga, menulis buku atau berniaga.

Hal itu biasa dilakukan sahabat Nabi SAW bernama Sakhru Wada'ah. Orang yang tidur ketika pagi sengaja membiarkan dirinya tidak menjadi sebahagian daripada umat Islam yang didoakan Nabi SAW memperoleh berkat Allah.

Alangkah ruginya orang yang sengaja membiarkan pagi berlalu begitu saja tanpa melakukan sebarang kerja bermanfaat dan produktif.

Tidak hairanlah jika Nabi SAW menggerakkan pasukan perangnya untuk berjihad pada awal pagi sehingga pihak musuh terkejut dan tidak bersiap sedia menghadapinya.

sumber: berita harian



Saturday, April 11, 2009

Program Kebajikan Yang Berterusan




Sumbangan yang di sumbangkan oleh tuan-puan telah sampai kepada golongan sasaran. semoga dapat membantu golongan ini walaupun tidak seberapa. Hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya dengan sebaik-baik balasan. Kalian semualah pencetus semangat Ummah Care!

Pengunjung Ummah Care

Mari Bersama Ringankan Beban

Sumbangan terus ke akaun UMMAH CARE : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – 12047010045924

Demi Masa

Waktu Solat

Followers