Sunday, March 29, 2009

Keprihatinan Terus Menjadi Agenda Ummah Care





Jika kita lemah dan tidak terdaya, banyak harapan kita sandarkan kepada mereka yang prihatin dalam membantu kita. Dengan itu UMMAH CARe menyahut cabaran ini dengan memberi sedkit sumbangan terus kepada golongan sasaran.

Gambar di atas menggambarkan segalanya di mana mak cik ini hidup keseorangan. Hasil sumbangan dari UMMAH CARE ini sedikit sebanyak membantu beliau untuk meneruskan kehidupan . " semoga kita tergolong dalam golongan insan yang bersyukur dengan nikmatNya"

Friday, March 27, 2009

Titisan Air Mata Palestin

Hayatilah Perjuangan Teman-Teman Membebaskan Ummat Palestin

Monday, March 23, 2009

Ummah Care Turun Padang Bina Perigi/Telaga


Ummah Care dengan kekuatan beberapa aktivis Ummah Care (UC) terus turun padang bagi melihat dan merasai sendiri keperitan kehidupan seorang warga tua bersama dengan ahli keluarga yang hidup dengan serba kekurangan penuh kedaifan. Bergenang juga airmata aktivis Ummah Care bilamana pertama kali melihat seorang tua gigih menghayun gayung (pencedok) mengambil air di akar sepohon rumbia. Air dari genangan akar pohon rumbia dijadikan air minuman dan mandian mereka sekeluarga. Bayangkan, hidup di negara merdeka namun kedaifan dan kemiskinan menjadikan mereka belum 'merdeka' sebenarnya. Bayangkan juga, air di bawah akar rumbia yang bertukar menjadi warna 'teh tarik' dek kerana gelodak tanah & selut selepas hujan turun itu menjadi minuman dan mandian mereka. Sedih bukan kepalang.


Berbekalkan sumbangan orang ramai dan insan-insan mulia serta prihatin, Ummah Care turun padang untuk menyumbangkan telaga atau perigi kepada keluarga daif ini. Deraian dan titisan airmata menjadi 'hidangan' aktivis UC dek kerana mereka (ahli keluarga yang menerima bantuan) terlalu terharu dan sedih dengan bantuan yang mereka terima dari Ummah Care melalui sumbangan golongan yang prihatin yang telah menyalurkan sumbangan malah melakukan gotong royong untuk bersama membina dan mengorek telaga/perigi untuk kegunaan harian mereka. Semoga titisan air mata dan titisan keringat semua pihak atas perkara ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan ALlah S.W.T hendaknya. Terima kasih semua yang terlibat. Ummah Care meneruskan sasaran...menjadi Peneraju Kasih Ummah!!!!

Saturday, March 21, 2009

HIMPUNAN 100 RIBU MANSUHKAN PPSMI


Ummah Care turut menyertai Himpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7hb Mac 2009 yang lalu bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan PPSMI yang secara terang-terang tidak berjaya dan memberi kesan yang sangat buruk kepada para pelajar terhadap penguasaan Matematik dan Sains terutamanya terhadap pelajar luar bandar dan kesan terhadap Bahasa Melayu pada masa hadapan. Ummah Care bersama menyokong Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) untuk menyatakan bantahan kerana berasakan ianya perlu diperjuangkan bersama demi kepentingan ummah masa depan tanpa mengira fahaman & ideologi politik.

SELAMATKANLAH ANAK BANGSA DAN SISTEM PENDIDIKAN KITA SEBELUM IA MENJADI LEBIH PARAH...

Persidangan Meja Bulat NGO-NGO Islam



Ummah Care turut menghadiri Persidangan Meja bulat NGO-NGO Islam yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini. Persidangan ini membincangkan mengenai gerak kerja NGO islam ke arah membentuk kesepaduan umat di seluruh dunia. Persidangan ini dirasmikan oleh seorang tokoh ulamak dari Iran dan ia juga turut di sertai oleh NGO-NGO Islam dari Indonesia,Brunei dan Singapura.

Monday, March 2, 2009

Mari Bersama Ringankan Beban

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah gambaran sebenar pesakit penyakit misteri ini. Ummah Care berkesempatan untuk melawat pesakit misteri ini. Menurut keterangan yang disampaikan oleh ibu pesakit ini, penyakit misteri ini telah menyerang anaknya sejak anaknya kanak-kanak lagi. Sehingga kini ibunya pasrah dan masih lagi menjaganya bagaikan anak kecil walaupun umurnya sudah mencecah 30an. Segala rutin hariannya diuruskan oleh ibunya yang telah tua itu. Ibunya ketika ini telah berusia hampir 70an. Inilah yang dikatakan kasih ibu sepanjang usia. Alhamdulillah, hasil bantuan yang disumbangkan oleh penyumbang-penyumbang melalui Ummah Care keluarga ini telah mendapat bantuan sewajarnya. Semoga sumbangan akan terus kita salurkan kepada mereka yang amat memerlukan seperti ini. Untuk terus membantu dan melihat sendiri kepayahan, kesusahan dan keperitan yang dialami oleh beliau bolehlah menghubungi Sekretariat Ummah Care. Untuk memberi sumbangan dalam bentuk kewangan boleh terus menyumbang ke akaun Ummah Care (BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD - 12047010045924). Ayuh, bersama kita meneraju kasih ummah!

Ummah Care : Misi Bersama BAKIM (XPDC AMAL)



BAKIM al-Ikhwan dengan kerjasama Ummah Care telah menganjurkan xpdc AMAL '08 di kawasan perkampungan di salah sebuah daerah Padang Terap, Kedah. Xpdc AMAL ini mensasarkan untuk memberi bantuan kewangan dan bantuan keperluan hidup kepada rakyat-rakyat miskin di sekitar kawasan tersebut. Keprihatinan pihak BAKIM untuk bersama-sama dengan Ummah Care membantu misi ini telah memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar. Pihak Ummah Care mewakili penduduk yang telah diberi bantuan mengucapkan jutaan terima kasih dengan keprihatinan pihak BAKIM yang nyata telah menganjurkan satu xpdc AMAL yang amat baik dan terpuji. Pihak Ummah Care juga mengalu-alukan sumbangan orang ramai, orang perseorangan, pihak syarikat-syarikat dan semua pihak untuk bersama-sama menjalankan misi bantuan kemanusiaan bersama Ummah Care di mana sahaja kawasan dan negeri yang memerlukan. Semoga jasa dan bantuan kita semua akan diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T hendaknya. BAKIM al-Ikhwan...terima kasih...

Pengunjung Ummah Care

Mari Bersama Ringankan Beban

Sumbangan terus ke akaun UMMAH CARE : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD – 12047010045924

Demi Masa

Waktu Solat

Followers